Kempen Sumbangan

Sumbangan sebanyak RM18 sebulan daripada individu adalah amat digalakkan.

Kami memerlukan sumbangan orang awam dalam bentuk kewangan dan barang-barang keperluan untuk disalurkan kapada pejuang yang antaranya terdiri daripada pesakit kronik, terlantar, daif, asnaf, dan OKU. Penderma akan mendapat pengecualian cukai. Hubungi admin/sekretariat bagi mendapatkan resit bagi pengecualian cukai.

Tujuan sumbangan diperlukan adalah bagi mewujudkan aliran dana bagi kegunaan perkhidmatan kebajikan. Dana tersebut juga dialirkan kepada pejuang kanser dan ahli keluarga mereka, khususnya dari golongan miskin dan di pedalaman. Dana yang mampan membolehkan kami menggerakkan sekitar 5 aktiviti sebulan dan perkhidmatan berterusan.

Manafaat

Manafaat anda sebagai penyokong JiC Society.

Sebagai penyumbang kepada badan kebajikan kami, anda dapat menikmati manafaat seperti undangan ke program anjuran JiC Society, penilaian kesihatan, dan juga pengecualian cukai terhadap individu atau badan koporat.

Sumbangan melalui Maybank

Kegunaan

Sumbangan anda digunakan ke arah kebaikan.

Sumbangan ikhlas dari individu adalah sangat dialu-alukan. Setiap sumbangan anda akan disalurkan kepada pejuang kanser dalam bentuk keperluan asas seperti ubat-ubatan, susu suplemen, lampin pakai buang, dan juga peralatan seperti kerusi roda dan katil. Kami juga amat mengalu-alukan sekiranya anda ingin memberi sumbangan secara langsung dalam bentuk barangan keperluan.