Sentiasa bergerak aktif

Tahukan anda bahawa kami mempunyai 700 orang ahli sukarelawan berdaftar yang sentiasa bergerak aktif? Menariknya, sebahagian daripada sukarelawan ini terdiri daripada pejuang kanser itu sendiri. Sukarelawan inilah menjadi penggerak dan tulang belakang JiCS.

Antara aktiviti yang kami jalankan adalah menyokong pejuang kanser melalui lawatan ke rumah dan hospital, membuat kutipan amal, menyalurkan dana sumbangan kepada pejuang kanser, memberi bantuan dalam bentuk keperluan bagi kegunaan pejuang kanser, dan mengendali kumpulan sokongan pejuang kanser.

Selain daripada itu, kami juga menjalankan aktiviti riadah untuk pejuang kanser, kempen kesedaran & pameran di sekolah dan organisasi luar, mengadakan latihan penjagaan asas survivors (nursing care), membantu penyelidikan, dan merekrut sukarelawan baharu.

Baca Lagi